Perundingan Teknikal
Nasihat teknikal pakar merentasi pelbagai sektor pembangunan — koordinasi agensi kerajaan dan PBT untuk keputusan yang terbaik bagi klien.
Nasihat teknikal pakar merentasi pelbagai sektor pembangunan — koordinasi agensi...
Skop Perkhidmatan Kami
Kajian Kemungkinan (Feasibility Study)
Penilaian menyeluruh ke atas potensi teknikal dan komersial sesuatu cadangan pembangunan sebelum keputusan pelaburan dibuat, merangkumi analisis tapak, pasaran, dan kewangan.
Penilaian Risiko Teknikal
Pengenalpastian dan analisis risiko teknikal projek termasuk risiko geoteknikal, struktur, hidrologi, dan alam sekitar bagi membolehkan mitigasi awal dilaksanakan.
Nasihat & Semakan Teknikal
Pemberian pandangan pakar bebas ke atas rekabentuk, spesifikasi, dan metodologi pembinaan yang dicadangkan untuk memastikan kesahan teknikal dan pematuhan piawaian.
Penyediaan Laporan Teknikal
Penyediaan laporan teknikal komprehensif termasuk laporan kajian tanah, laporan hidrologi, laporan penilaian impak alam sekitar (EIA), dan laporan khusus untuk tujuan kelulusan.
Latihan & Pemindahan Ilmu Teknikal
Program latihan dan bengkel teknikal untuk meningkatkan keupayaan dalaman organisasi klien dalam bidang pembinaan, pengurusan projek, dan pematuhan peraturan teknikal.